Quantcast
Channel:

Resepi Nasi Hujan Panas Sukatan Cawan

$
0
0

Nasi Hujan Panas? Nasi Minyak

Bahan-Bahan

  1. Beras Basmathi 2 cawan
  2. Susu Cair setengah cawan
  3. Minyak Sapi 2 Sudu atau lebih
  4. Hirisan bawang besar setengah biji
  5. 3 sekawan dan buah pelaga
  6. Daun pantan
  7. pewarna merah dan oren atau ikut suka
  8. perasa dan garam
  9. Kuih ayam

Sukatan Beras Basmathi

  • 2 Cawan beras basmathi bersamaan dengan 3 cawan air lebih sedikit
  • 1:1 setengah ( 1 cawan beras basmathi – 1 cawan setengah air ) 
  • Ikut jenis beras yang digunakan

Cara penyediaan: –

  • Masukkan 2 sudu minyak sapi kedalam periuk (saya guna periuk rice cooker)
  • Tumis bahan hirisan bawang dan 3 sekawan
  • Masukkan daun pandan
  • Tumis sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian masukkan beras yang siap dibasuh
  • Goreng dalam 1 minit agar beras mesra dengan bahan tumisan
  • Masukkan Air 3 cawan lebih sedikit
  • Masukkan Susu cair
  • Kemudian perasa dan garam
  • Kiub ayam nak letak pun ok lagi sedap
  • Masak dalam RICE COOKER macam biasa

Selepas Nasi Masak/kering

  • Lubangkan tengah nasi dalam 3 4 lubang
  • Titiskan pewarna
  • Kemudian gemburkan dan gaul sehingga terkena Nasi dan mesra

Ok dah siap

SELAMAT MENCUBA NASI HUJAN PANAS WARNA WARNI BABAIIII