Quantcast
Channel:
Viewing all 71 articles
Browse latest View live

Service Serverfreak Bagus ke?

0
0

Setahun sekali akan dapat email dari pihak serverfreak?

inform pasal Domain dan Hosting ni!

Kenapa ye?

Banyak tanyalah pulak la ko ni Adik oii ( My manja name )
Dia orang  inform sebab Domain dan Hosting dan nak expired so tak reti reti ke nak bayar!

Apa itu Domain dan Hosting?

> The domain(s) listed below are going to exhttp://aziewan.com/domain-dan-hosting-serverfreak/pire in 60 days. Renew now
> before it’s too late

yes i know my domain will be expired coming soon

I think i want to upgrade domain and hosting

Can suggest/explain what suitable for my blog


Hi Azie,

> I recommend you upgrade package to cPanel Web Hosting- Semi-Pro Rm299/year exclude Gst, this package come with 1 free domain .com and free unlimited SSL.
Would you like to proceed?

?oooohh..

RM299 per year?

Please don’t proceed i don’t want to upgrade, maybe next next next year ?

Ahahahha cepat-cepat reply jangan proceed!
kira-kira memang tak mampu kita wak

Minta invoice dari dia orang
Now dah settled payment so renew untuk satu tahun


Tiap-tiap tahun memang hasil blog ni juga bayar Domain dan Hosting

tunggu maju sikit baru boleh upgrade ye InsyaAllah

Setakat ni masih lagi berpuashati dengan Service Serverfreak ni
so setia je la pada yang satu kan

Memang kita seorang yang setia wak,
kalau dah cinta, sayang dan kasih yang tu je la tak akan yang lain

tiba tiba ahahhaah

Walaupun kita tahu  kepentingan SSL ni tapi biarlah dulu, ada juga pihak serverfeak inform blog you kena ada SSL

SSL ni more to protect you data yang penting-penting, sekarang ni pun nak login pun pihak serverfreak ada kasi id for protection

Itu yang suka dengan service serverfreak ni so apa lagi jom try service dia orang

Siapa berminat boleh terjah Service Serverfreak untuk keterangan lanjut


Tanda Mata Rabun

0
0

Jika ikutkan pengalaman saya, bermula dari primary school lagi, sentiasa tak dapat salin nota kat papan hitam dan asyik bawa balik buku nota kawan, lama-lama cikgu perasaan dan aim saya seorang ada masalah mata iaitu rabun

Tanda-tanda mata rabun peringkat awal

  • Sakit pening kepala
  • Mata sentiasa pedih dan berair
  • Lebam bawah mata yang ketara
  • Tak fokus dalam pelajaran
  • Deria pendengaran sedikit kurang jelas
  • Pandangan kabur
  • Semua objek yang dipandang menjadi kembang

Naik secondary school memang dah pakai spek cuma jarang jarang dan kadang kadang, guna time belajar je

Tak sangka dari jarang jarang pakai boleh membuatkan mata semakin teruk, sampai tukang yang buat spek cakap, kesian kat mata you, you paksa dia tengok tanpa spek ahahahha…

Copy dari entry yang pernah saya tulis tentang  masalah rabun

Rabun terdiri dari 3 jenis

  • Rabun jauh
  • Rabun dekat
  • Rabun silau

Saya  dalam kategori Rabun Silau (Astigmatism) dimana mempunyai rabun dan silau yang tinggi.

Mata kiri dan kanan berbeza power lens dan tanpa cermin saya sukar untuk melihat dengan jelas dan jika diwaktu malam langsung tak nampak

Silau adalah – kedudukan lens anak mata kemungkinan sudah lari dari kedudukan asal.

Saya dinasihatkan jangan membaca sambil mengiring dalam masa yang lama kerana kebiasaanya akan meyebabkan silau semakin teruk

Spek mata lama pakai sekejap je kes darurat

Kembali pada cerita semalam, mata sebelah kiri tiba-tiba merah dan mengalirkan air mata dengan sendiri

Abang nak bawa klinik saya cakap biasa dah ni mungkin efect dari guna glasses lama hari tu kot

Jenis takut nak pergi klinik, cepat-cepat pergi farmasi beli Eye Drop ni, hope cepat la baik

Eyes Drop sangat bagus untuk :-

  • Mengurangkan mata bengkak
  • Melegakakan kesakitan mata
  • Meredakan kerengsaan mata
  • Membuang habuk mata
  • Mengurangkan mata berair dan pedih
  • Harga murah bawah RM10

Kes Darurat bawa kes jimat duit poket

Buah Kecapi? Mengimbau Memori

0
0

Buah kecapi?

Kalau gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati  pernah la dengar!!!ahahhaha
Ohhh! buah kecapi ni sebenarnya buah yang ku idam idamkan
Buah sentul/ kecapi  –  Negara Filipina panggil santol merupakan  pokok herba yang mereka jadikan ubat

Buah Kecapi Kenyang perut suka hati

Cara makan ada dua cara, ada yang makan isi putihnya sahaja, dan satu cara lagi kupas kulit, kemudian takek takek sikit dengan pisau kemudian letak kicap

Nikmat sangat

Pokok Kecapi ni ada juga banyak khasiatnya, Setahu saya daunya boleh direbus dan airnya
Boleh dijadikan ubat seperti kejang/sakit perut

Beli la sikit buat hilang rasa teringin,
Abang memang tak suka buah yang pelik-pelik ni  hihihiih
Buah salak yang sedap tu pun dikatanya busuk ahahahhaha can’t imagine

Susah nak jumpa buah ni,
Kalau balik kampung pun ada masa time nak makan memang tak pernah dapat

Nak describe kesedapan buah ni tak tahu juga sebenarnya, pernah makan tak buah koko, isi koko tu?

Isi sentul ni lebih kurang macam isi buah koko tu la
Pastu kulit luarnya tu rasa masam-masam kelat sikit kot tu yang sangat sedap letak kicap mmmm mengimbau sungguh
Kebanyakkan buah buah yang susah nak cari ni Sebenarnya buah yang masa kecik-kecik dulu pernah makan,
Itu bila nak dewasa ni bila terasa je nak makan memang payah la nak jumpa

Daging Merah Serai

0
0

Dinner semalam masak Daging Merah  Serai, hari ni tak mampu nak masak sebab tak boleh berdiri lama so layan gambar semalam

Tunggu Abang balik nak pergi klinik

Sedap rasanya, nak kata lebih kurang macam paprik sikit kekonon, tapi jenis kuah pekat rasa pun lebih sedap dan memang sedap pun🙂

Jemur kain angkat sendiri nampak hihiii

Bertambah la nasi orang tu semalam, sedap la tu ye dak
Nanti tanya sedap ke tak ? Jawapannya tak seperti kita nak dengar hihihihihi baik ku diam je 😆
Dah tambah 3 pinggan tu sedap la tu kan

Resepi Daging Merah Serai

  • Daging – Direbus separuh masak kemudian baru di potong nipis
  • Cili kering blend
  • Bawa besar blend
  • Halia
  • Serai
  • Bawang putih
  • Bawang kecil
  • Sos Cili/tomato/sos tiram/kicap
  • Garam/gula/perasa

#Bawang putih, bawang kecil, serai dan halia dimayang halus

Tumis bahan yang dimayang halus, kemudian masukkan bawang blend, tunggu garing kemudian masukkan cili blend masak sehingga agak garing dan masukkan daging

Masukkan sos cili/sos tiram dan kicap

#sos tiram tak ada kalau ada memang letak

Masukkan sedikit air, biar daging menjadi empuk kemudian letak garam dan gula/perasa
Masak sehingga daging empuk dan sedikit kering

Mudah dan sedap selamat mencuba


Doa ketika sakit picture dari google

p/s : -Tekanan darah rendah mai semula ni, nak kena ambil ubat kalau tak kepala pusing tak boleh nak berdiri lama

Minuman Susu Kultur CALPIS Baik untuk Kesihatan

0
0

Selalu kan kalau tak berapa sihat ni akan cari minuman isotonik

Sebab kesihatan tak mengizinkan so cari minuman lain untuk beri energy kasi power kuat macam LION

Sedap rupanya minuman susu kultur CALPIS ni

Pertama kali rasa dah jatuh cinta, rasa susu yang berperisa tapi tidak terlalu manis

Beli perisa anggur sebotol kecil yang 350ml

Selain anggur ada juga perisa asli dan manggo

“CALPIS” merupakan jenama pertama minuman susu kultur pertama di jepun

Banyak  Negara yang dah Network dengan Jenama Calpis ni termasuklah Negara Malaysia

Ada gambar founder dan story tentang dari mana tercetus idea Minuman susu kultur ni tau

Wow ingat biasa-biasa je kan, bila baca lagi suka nak minum sebab tahu banyak khasiat yang kita boleh dapat selain memberi energy

SEJARAH AWAL PENEMUAN CALPIS

Susu Kambing Terbaik dan Berkhasiat

0
0

Mana nak cari susu  kambing ni?

Kalau kami nak minum susu kambing akan dapatkan yang pure dalam botol je, ada jual di kedai mamak dan kedai-kedai runcit tapi biasa la kan tak tahan dengan bau hamis/hanyir kambing tu boleh bawa ke pening lalat

Seperti sedia maklum susu kambing ini dah terbukti dari khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan semua peringkat usia dari kecil sampai uwan tok nek kita

Selain banyak khasiat yang bermanfaat susu kambing ini juga merupakan minuman sunah, tapi sayangnya tak semua suka minum susu kambing kan

Cuba search kat google tentang susu kambing yang tak berbau hanyir/hamis? terus masuk kat web Susu Kambing Lazz diantara susu kambing yang ramai orang cari dan yang menarik perhatian sebab susu kambing ni takada  bau hamis/hanyir

Terus rasa nak cuba sebab banyak pula perisa selain perisa asli tu kan diantaranya:-

  • Perisa Asli
  • Perisa Cafe
  • Perisa Choco
  • Perisa Kurma

Mudah sangat nak dapatkan susu kambing sekarang ni, semua ada dihujung jari siap duit je akan sampai kat rumah

Mereka ada membuat penghantaran terus kerumah dah sampai bayar je kat orang yang hantar tu, mudah dah cepat je kan  Masuk je laman web Lazz Susu Kambing

Minum segelas susu kambing mampu membuatkan kita cergas dan bertenaga sepanjang hari

Susu kambing sesuai untuk siapa?

Tak kisah sebenarnya siapa yang suka minum susu boleh la cuba, kebiasanya sesuai untuk pelajar /remaja agar mudah fokus dalam pelajaran

Ambil segelas sebelum pergi sekolah tak pun ambil waktu malam sebelum tidur, memang tidur akan lebih nyeyak dari biasa

Ibu Hamil pun lagi sangat sesuai baik untuk anak dalam kandungan dalam membentuk tulang yang sihat dan IQ yang bagus dan mengelak anak dari terkena kuning selepas lahir

Mengurangkan rasa loya si ibu dan tidak bermaya semasa hamil, untuk lebih detail boleh baca tentang Kebaikan Susu Kambing Lazz

Keterangan lanjut boleh terus tengok kat web Lazz Susu Kambing

Pertama Kali Rasa Buah Markisa

0
0

Pengalaman pertama kali merasa Buah Markisa atau dengan nama lain passion Fruit

Terasa nak merasa buah ni entah la kenapa? mungkin dah ada depan mata kot bedal je la kan

Sebelum makan memang akan search tentang khasiat Buah Markisa ni? Diantara khasiat dan manfaatnya memang banyak tapi kami list kan yang patut je la kan

Khasiat Buah Markisa

  • Kaya dengan vitamin c dan Antioksida
  • Dapat melancarkan aliran darah
  • Mengawal tahap kolesterol
  • Baik untuk pesakit imsonia/ gangguan tidur
  • Mendapat kulit wajah yang anjal dan bersih
  • Mampu melawan penyakit kanser
  • Mengelak dari terkena sembelit
  • Baik untuk sistem penghadaman

Impression bila tengok buah ni dari luaran nampak sangat sedap sebab kulitnya cantik dan berkilat, mmm mesti manis ni kan?

Teruja sangat nak rasa isinya, wow pertama kali tengok real buah depan mata, ishhh la sinya nampak sangat sedapnya

Cara nak makan kena guna sudu, argghhhh! Masamnya lahaiii, sedap tapi masam masam manis

Buah ni banyak kat kampung, mudah je nak dapat tak macam Buah Sentul memang jarang la nak merasa bila masa nak tu tak kan dapat punya, kalau jumpa pun memang rezeki la kan


Jom Jawab Teka teki teka tekuk kami ni?

Banyak-banyak buah la kan buah apa yang bila jauh kita rindu? 

Cuba jawab kalau pandai terutama sekali abang sayang tu, ha! tau abang baca tu kan kan jawab ye?

Jerawat Cepat Hilang dengan Oxy 10

0
0

Stress betul dengan jerawat ni la, ada masa tu malas nak ambik pusing tapi haishh! makin menjadi jadi pula bila biarkan

Dah macam-macam guna tapi tetap nak naik juga la awak ni jerawat yang degil

Tak berani dah nak pakai produk skincare yang kat luar tu, now guna yang basic like pencuci  muka dan krim je bedak pun tak guna sebab perasan jika guna bedak compact tu lagi naik jerawat

Ni cuba try test Oxy 10 acne pimple mediccation for stubborn Acne

Memang degil pun jerawat kami ni haishh! tension betul la.

Dengar macam hebat, hope dengan adanya oxy 10 mampu menyelesaikan masalah kulit wajah dengan tuntas

  • Membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat
  • Membantu menyerap minyak yang berlebihan
  • Mudah digunakan
  • Mengecutkan jerawat yang merah dan besar/bengkak
  • Membantu membebaskan liang liang tersumbat

Oxy 10 mengandungi 10% Benzoil Peroksida untuk merawat jerawat/akne degil sehingga mampu mengecut dan terus membunuhnya wow hebatnya?

Oklah bagi yang ada masalah dengan jerawat ni jangan rungsing try je cuba oxy 10 ni kot la sesuai dengan kulit wajah kita

Cara menggunakan oxy 10:-

  • Cuci muka dengan bersih dan keringkan
  • Goncang terlebih dahulu sebelum guna
  • Guna sekurangnya sekali sahaja atau dua kali sehari jika perlu
  • Guna sedikit sahaja pada jerawat

p/s:- Bagi yang mempunyai kulit yang agak kering better guna yang Oxy 5 je tau, sebab oxy 10 ni lebih kuat risau tak sesuai dengan kulit yang agak kering


Khasiat Pucuk Betik dan Bunga Betik

0
0

Betik ni dari buahnya yang masak/muda sampai ke akar dan pucuk memang boleh dimakan dan dijadikan ubat, kebiasaanya dikampung ramai telah menjadikan betik ini salah satu buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan

Percaya atau tidak, pucuk betik mampu merawat darah tinggi, baik dalam penghadaman, airnya direbus dan diminum

Bunga betik jantan agak besar berbanding bunga betik betina

Bunga betik ini akan ada pada pokok jantan dan betina, tetapi hanya pokok betina sahaja yang akan mengeluarkan buah, jadi jangan pelik la kalau anda tanam pokok betik berbunga bukan main lebat, tapi tak berbuah itu tandanya pokok tu jantan

Bunga betik jantan ni kebiasaanya akan direbus terlebih dahulu sebelum dibuat ulam atau dijadikan kerabu bunga betik

Daun betik mampu  meredakan penyakit denggi dengan cara mengambil dua atau tiga helai daun ditumbuk sehingga daun mengeluarkan jus pekat kemudian bancuh dengan segelas air dan minum, dengan izin Allah akan sembuh

Ianya juga sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, membuang toksik dalam badan serta mampu menjadi awet muda hehehe

Banyak sungguh khasiatnya tapi secara jujurnya amat sukar nak makan sebab pahit, jika rebus dan makan pucuknya mampu menambah selera makan, mana tidakanya ada pula sambal belacan memang tambah la selera berpinggan tambah nasi lepas tu gaduh pipi kembung dagu berlapis ahahha

Khasiat Jus Betik

  • Merendah tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah/kencing manis
  • Hilangkan rasa sakit kepala/ migrain
  • Menambah selera makan
  • Baik untuk melegakan gastrik
  • Baik untuk penghadaman
  • Awet muda jika rajin makan, sebab pahit pahit ubat kan
  • Melegakan pesakit yang terkena virus denggi
  • Bagi wanita ianya membantu menjarakkan anak secara semulajadi
  • Menambah kepekatan susu ibu
  • Menghilangkan sakit/pedih perut

Buah betik ni boleh dikatakan akarnya pun dapat berguna, tempoh hari ada jiran datang rumah ambil akar betik, katanya baik untuk merawat darah tinggi

Macam pucuk kari pun sedap di jadikan ulam mentah sebab ianya turun mengandungi seribu macam khaisat, saya pernah share tentang khasiat pucuk daun kari

Jus Detoks Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan

0
0

 

Nampak macam air oren kan tapi sebenarnya tidak, ini jus detoks dari buah buahan  dan sayur sayuran

Selain sedap ianya baik untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga, jika diamalkan setiap pagi sebagai breakfast

Lebih sedap diminum dengan air batu, atau diletakan dalam frezzer sebelum diminum, bahan yang simple tanpa sesudu gula pun:-

Bahan bahan jus detoks

  • Sebatang Karot
  • Sebiji Tomato
  • 5 Biji Buah Anggur

Bahan di atas di blend bersama secawan air dan kemudian di tapis untuk mengasingkan hampasnya, bagi sesiapa yang suka memakan hampas boleh terus minum tanpa menapis ianya lebih mengenyangkan

Jus Detoks ni sememangnya mudah dibuat kerana hanya menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran, banyak resepi yang boleh kita ikut dan amalkan setiap hari

Tak perlu susah susah nak menyusahkan diri, tengok je apa yang ada dalam box vegetable tu

Jika ada karot, saderi, anggur atau tembikai dah boleh dijadikan jus detoks, janji mesti ada sayuran dan buahan agar rasa lebih sedap ada rasa manis dan masam

Cara Kempiskan Perut dengan Cepat

0
0

ini salah satu solution untuk kempiskan perut buncit sesuai untuk lelaki dan perempuan, Dari belajar memang guna losyen ni, bukan untuk kempiskan perut semata mata

Boleh juga atasi kembung perut, angin dan yang paling best dapat melegakan sengugut yang teruk, Dari ekstrak pati halia menjadikan ianya sedikit panas berangin, sesuai bagi yang nak hilangkan lemak yang degil tu

Kongsi pakai dengan Abang, dok bising perut makin maju kedepan hikhikkk hilang segak abang aahahah

Cara guna senang sangat mudah dengan hanya urut perlahan lahan secara bulat dan losyen ni memang tidak berminyak langsung dan cepat meresap

Lepas guna kita akan rasa sikit panas dan beragin, ada 3 jenis yang kurang panas dan lagi extra superb panas

Tapi memang suka pakai yang ni sebab dah biasa guna, satu lagi boleh nampak kesan dengan segera

Tidak sesuai untuk bayi dan hanya untuk kegunaan luaran sahaja

Resepi Jus Detoks Tembikai

0
0

Ini  resepi yang sebelumnya dalam tu ada tomato, carot dan anggur boleh refer Jus Detok Tomato

Kali ni buat jus detoks ganti dengan tembikai tapi tembikai tu tak tapis pun, lagi sedap dan mengeyangkan

  • Satu batang carot
  • 6 biji anggur
  • Tomato

#Tiga bahan tu blend kemudian tapis

  • Tembikai

Tembikai blend kemudian terus campur tak perlu tapis dah, gabung bahan yang ditapis dengan tembikai so rasa memang sedap sangat

Apa Khasiat Jus Detoks?

Kesan awal tak berapa nampak lagi tapi setiap pagi lepas minum memang memudahkan kita nak membuang, macam cuci perut kita buang segala toksik dalam badan

Kesan jangka panjang tak tahu lagi, tapi tengok result orang yang amalkan jus detoks ni kulit cantik, nampak ceria dan sihat

Kami ni resdung teruk, tak tahu nak pakai dan makan apa nak hilangkan jerawat dan parut kat muka tu yang rajin dok buat setiap pagi

Mana tahu lepas ni dapat kulit persis preity zinta hihihi tak mudah nak macam artis bollywood aje?

Cantik kan kulit dia, putih bersih je? pinjam gambar google satu

Tanda-tanda Resdong

0
0

 

Kalau biarkan akan semakin teruk resdong ni, sebab dah ada tanda tanda mata gatal dan muka gatal jerawat tak yah cakap dah semakin teruk

Habis muka naik jerawat teruk kena pantang makanan yang gatal macam seafood tu pastu x x x sambal belacan, betul kali ni memang dah kena pantang sungguh sunguh argggghhh!

Tanda-tanda Resdong

  • Sakit kepala seperti migran
  • Gatal muka
  • Bersin setiap awal pagi
  • Muka naik bintik bintik hitam
  • Gatal telinga
  • Muka naik jerawat yang teruk
  • Gatal hidung
  • Berkahak
  • Mata dan telinga gatal gatal
  • Pandangan menjadi sedikit kabur

Try makan ubat tradisional ni jenis pil telan sehari dua kali pagi dengan malam, pastu try minum jus detoks setiap pagi hope baiklah nanti

Makanan yang Sesuai untuk Ikan Kaloi

0
0

Beberapa bulan lepas ada perasan sisik kat badan ikan kaloi jadi merah dan macam kena penyakit, baca kat forum dan cari info kenapa boleh jadi macam ni?

Kemungkinan ianya berlaku dari dua sebab iaitu keadaan air dan jenis makanan

Tapi setakat ni dari kebersihan air memang terjaga dengan baik, makanan tu tak pernah tukar asyik la dengan kangkung je, tu cakap dengan abang kena tukar makanan kaloi ni gantikan dengan sawi

So dari kangkung tukar kepada sawi hijau yang panjang tu, now sisik badan dia dah kembali normal dan cantik

Picture Lama

Ikan kaloi dari sebesar 3 jari la ni dah penuh aquarium, mungkin akan besar sedikit lagi tak pun macam tu je la dah habis besar. Sampai waktu isnyaAllah akan dilepaskan juga ke Tasik berhampiran

Ni abang baca mau i kena sengkeh mana taknya ikan kesayangan abang ni

Mudah sangat jaga ikan kaloi ni, air bersih dan makanan cukup isyaAllah semua baik baik sahaja

Resepi Miang Kham

0
0

Tak boleh tahan tengok orang asyik cakap sedap sedap miang kham ni, nak beli tak tahu kat mana jadi salin resepi dulu balik kampung nanti nak buat juga sebab belakang rumah mak memang penuh dengan pokok daun kaduk ni

Daun kaduk juga mengandungi banyak khasiat boleh refer entry lama Khasiat Daun Kaduk

Cantik cantik daun kaduk ni kan

Macam mana rupa miang kham ni ?

Gambar dari google

Resepi Miang Kham Kap Kup Kap

  • Bahan-bahan
  • Daun Kaduk
  • Kelapa
  • Kacang
  • Limau Nipis
  • Halia
  • Bawang Besar
  • Cili Padi
  • Udang Kering
  • Isi kelapa dihiris dan si sangai tanpa minyak

Bahan Kuahnya

  • Air
  • Gula melaka
  • Gula Pasir
  • Belacan
  • Serai

Cara masak kuah miang kham, lebur je dalam satu periuk bahan kuah di atas tu, tunggu sampai kuahnya menjadi pekat dan likat

Cara nak makan lagi senang, balut macam nak makan sireh tu

 


Cara Pastikan Madu Asli dengan Tiruan

0
0

Madu Lebah Asli

Dah lama nak cari madu yang asli ni? Pernah beli tapi dapat yang tiruan punya bila cuba ya Allah rasa macam air gula merah

Kita nak minum sebab nak sihat, tapi kalau amalkan madu tiruan ni boleh jatuh sakit pula

Gambar dari Google

Sebelum beli ada juga perasaan was was tapi niat nak beli juga sambil bantu orang yang tukang jual tu so tawakal je

Sebelum minum memang buat testing cara nak pastikan madu asli ni salah satu yang mudah macam kat bawah ni :-

Satu sudu madu letak di dalam pinggan putih kemudian goyangkan kearah kanan sehingga terlihat keadaan seperti gambar di bawah ini

Nampak tak ada lubang lubang kecil seakan akan sarang lebah kan, salah satu cara pastikan madu itu asli

Cara nak pastikan perbezaan Madu Asli dengan yang fake

  • Campur madu kedalam telur ayam, jika telur kuning keras maka madu itu asli
  • Larutkan madu dalam segelas air dan kacau, jika madu asli air akan bertukar keruh tapi ikut jenis madu juga
  • Madu asli sangat pekat dan likat
  • Bakar madu di atas sudu besi, kemudian perhatikan buih yang keluar, jika buih besar besar dan melimpah keluar kemungkinan besar madu itu asli

Ramai yang agak was was ketika untuk membeli dan berasa khuatir kerana takut ditipu secara tidak langsung jika mengambil masu tiruan kemungkinan besar akan menyebabkan penyakit yang tidak diingini

Resepi Jus Detoks

0
0

  • Strawberry
  • Carrot
  • Secawan Air

Strawberry dan Carrot satu cawan air kemudian blend sshingga hancur, kalau nak minum terus macam tu pun tak pe nak tapis pun tak pe

Tak perlu letak gula sebab rasanya dah sedap manis dan masam

Ikut saya terus minum tak perlu tapis dah, teguk dan telan chop baca la doa dulu bismmilllahirohmanirohim…

Lepas minum dan cuba beberapa hari pasti anda semua dapat kesan yang baik, cubalah kalau nak tahu

Cara Masak Patin Tempoyak Sedap dan Simple

0
0

Sedapnya kalau balik kampung mesti dapat merasa Patin Tempoyak ni

Seperiuk mak masak hirup sampai kenyang, Patin ni ada cara nak masak sedap, Mula dari siang ikan, cara basuh dan cara masak

Azie bab masak memang fail bab makan memang win hihihi

Patin tempoyak simple dan sedap bahannya hanya cili api kunyit hidup,  dan garam tumbuk lumat kemudian campur dengan tempoyak

Selepas bahan tumbuk dah siap, lumur kat ikan patin kemudian letak dalam periuk letak air dan bahan perasa kemudian daun kesum

Nak lagi sedap letak keladi lambuk, insyaAllah one day akan dapat ilmu masak memasak yang sedap ni

Diy Bekas Kuih jadi Vase Bunga

0
0

Cantik boleh tahan bila diy bekas/balang kuih raya ni jadi vase bunga hidup/fresh flower

Anggaran tahan dalam 1 week lebih masuk dua minggu dah layu tapi sangat cantik dan sangat segar

Letak separuh air dalam vase tu baru letak bunga, gubah ikut citarasa mata anda sendiri bukan mata orang orang lain insyaAllah cantik

Dapat dua vase/pasu satu tu diy cawan yang tak guna jadikan juga case

Bila tengok bunga segar ni mata pun jadi sangat segar dan fikiran lebih tenang dan mood akan bertukar jadi power

Bunga rose dah layu tapi boleh jadikan medium aromatherapy dengan sembur perfume, lagi kering bunga tu lagi bau wangi tu keluar

Try la sembur kat mana mana bunga kering dengan perfume

Fungsi Bahagian Tapak Kaki Pada Tubuh Badan

0
0

Tahukah anda bahawa di bawah tapak kaki kita sebenarnya mempunyai titik titik yang berhubung dengan anggota dalaman seperti jantung, mata, sendi, tulang belakang, hidung dan kepala

Titik ini dikenali sebagai titik akupuntur, terdapat 72 titik akupuntur di bawah tapak kaki

Bahagian atas tapak kaki

  • Sakit kepala
  • Migrain
  • Leguh leher dan bahu
  • Resdung
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Lebam bawah mata
  • Susah tidur malam
  • Uban banyak

Bahagian Tengah/perut Tapak Kaki

  • Sakit pinggang
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan perasaan/resah
  • Berat badan berlebihan
  • Kolestrol tinggi
  • Batuk yang berlarutan
  • Bau badan/masalah kegatalan kulit/kurap dan panau

Bahagian Tumit Tapak Kaki

  • Kencing tidak lawas
  • Kencing manis
  • Senggugut/period pain
  • Lemah tenaga batin
  • Gout
  • Kaki berbau/berair

Punca punca toksin dalam badan

  • Penggunaan racun serangga seperti ubat nyamuk dan penyembur serangga
  • Makanan segera seperti fast food/junk food
  • Makanan dalan tin
  • Pencemaran Alam Sekitar

Betul dan saya sangat mengiyakan, bila daam badan banyak/ berlebihan toksin seluruh badan rasa tak bermaya dan kurang fokus.

Badan jadi kurang bermaya, kulit kusam dan banyak masalah berkaitan dengan kesihatan, nanti azie sharekan salah satu cara buang toksin secara mudah dan berkesan dengan menggunakan plaster kaki

Gambar dari Google

Viewing all 71 articles
Browse latest View live