Quantcast
Channel:
Viewing all 71 articles
Browse latest View live

Tips untuk Ikan Peliharaan

0
0

Ikan kaloi kesayangan Abang ni, tak ada nama pun panggil kaloi je sonang nak panggil nama milah jenab tak best pula mmm macam tak sesuai je nak letak nama untuk ikan kan.

Kaloi ni sejenis ikan yang sangat mudah dipelihara dan kuat makan. Kenal tuan yang memberi makan kalau tuan dia balik kerja kemain meloncat-loncat sampai air tepercik keluar yang kami perasan la.

Tips yang ada pelihara  ikan dalam rumah kalau nak pergi travel, balik kampung dalam masa yang lama boleh guna dan praktikan cara ni.

Sayur kangkung segar letak berbaris-berbaris Alhamdulillah boleh tahan dalam 3-4 hari, pandai ikan kaloi ni makan sikit-sikit tau kot kalau makan semua puasalah lepas tu kan!

idea kami ni kadang bernas juga kan Abang! ok fine heheheh

Ikan Kaloi

Ni tinggal 3 hari masa balik kampung baru ni! jumaat, sabtu dan ahad ok masih berbaki kangkung! kaloi pun ok je.

Selain kangkung ada lagi cara yang pernah kami try dengan meletakkan anak-anak ikan hidup beli rm2.00 kat kedai dah boleh kenyang sampai 2 -3 hari.

Gambar anak-anak ikan dalam Aquarium Kaloi

Kalau nak gabung idea tu pun ok letak kangkung dan anak-anak ikan mungkin boleh tahan 1 week isnyaAllah.

Tiada istilah kita mendera atau menganiaya selagi kita kasi makan dan jaga baik-baik.

Aquarium Planted Tank sekarang dah tak ada sebab Abang bz, rumit juga nak jaga sebenarnya nak itu nak ini so nanti-nanti bila ada masa terluang baru buat semula.

Kat bawah ni ada link tentang Aquarium Planted Tank

Asas membina Planted Tank

Diy Gas Co2

Bersihkan Alga

Pembersih Aquarium / Cleaning Brush

Yamato Shrimp


Online Meja Kopi

0
0

Meja Kopi Murah

Online meja kopi di Bagustore RM99 WOW! memang dah lama mencari design meja kopi modern dan simple macam ni, agak berat dan stabil kebetulan dapat harga promo.

Result bila dah siap pasang memang puas hati berbaloi sangat dengan harga

Chair Workstation

Kerusi untuk workstation soft and simple denga harga promo

Macam-macam kelengkapan yang ada di bagustore ni dari Living Room. Dining Room, Bedroom, Office dan Kitchen, items boleh self pickup atau minta dia orang deliver jika barang yang kita order tu berat dan besar.

Minat sangat dengan satu set sofa tapi itulah yang kita berkenan tu masih belum promo kalau promo nak juga grab satu!

More to detail boleh visit Bagustore

Siakap Tiga Rasa

0
0

Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 6 hari ini, ingat nak pergi bazar ramadhan la hari ni, nak beli air tebu dan kuih tepung pelita tapi hujan pulak, guruh berdendam dentum kat langit mmmm.

Tak apalah jika ada rezeki dapat la merasa air tebu dan tepung pelita tu kalau tak esok masih ada kan.

Ramadhan ke tiga baru ni ada buat Siakap Tiga Rasa tapi rasanya bermacam-macam rasa pulak. iyelah bulan puasa ni! tukang chef masak pun puasa so jadilah rasa bermacam-macam kan.

Ikan Siakap 3 Rasa

Siakap Tiga Rasa

Siakap bermacam rasa, abang cakap siakap ni ada rasa tom yam ahahhaha, oh! mungkin terletak daun limau purut dan serai so jadilah siakap rasa rasa bertom yam. Sedap boleh tahan, licin tinggal tulang je.

Hari ini ingat nak bakar ikan Talapia, bakar dalam pemanggang je, kalau dapat bakar macam kat kampung lagi sedap kan. Tapi ni kawasan perumahan mau berkepol asap masuk rumah orang nanti! tak pasal-pasal kena sergah hihikkk.

HABIB ni rajin sungguh hantar kad raya siap sampul duit raya lagi, cantik sangat siap boleh scan sampul tu pastu akan keluar video anzalna dan family sebagai duta tahun ni.

Kad Raya Habib

Sampul Duit Raya

Scan sampul tu akan keluar video.

Upload video sendiri share boleh menang Jewellery Tau? detail What’s your Raya Story?

Tiap-tiap tahun kot Habib ni akan kasi kad raya, sampul raya, voucher pandora dan ice watch. Dapat juga tambah jadi sampul raya tahun ni, yang tahun lepas pun masih ada so tahun ni tak yah beli sampul raya jimat selalu.

Teringat pernah Kumpul Kad Raya masa belajar dulu sampai sekarang masih simpan, surat lama-lama pun ada saja simpan sebab semua tu kenangan.

Perihal Kuih Muih – Kuih Pelita Sedap

0
0

Puasa pertama ada buat agar-agar mangga, rasa sedap tapi terkurang air so jadi keras kelekung! ehh bukan terkurang air! memang ikut sukatan yang ada kat plastik agar-agar tu so lain kali nak buat harus lebih air biar lembik sikit.

Buat dadih juga, dadih kan jenis lembik nice-nice je kan. Beli yang ready made kacau atas dapur je, so memang sedap sangat la, tapi abang tak suka la pulak.

Kuih bergoreng beli yang frozen je macam karipap, nak makan baru goreng makan panas-panas

kuih pelita

Kuih Pelita Paya Jaras

Sedap sangat kuih pelita ni, 5 ketoi RM 3 Abang beli kat param berhampiran dengan rumah miggu lepas

Alhamdulillah merasa juga kuih pelita. Tahap kesedapan sangat melampau batas

Abang suruh buat sendiri je, kot lagi sedap!

memang tak pandai la buat kuih ni, nanti tak jadi boleh stress kami jadinya

better beli je la ye

Hari ni ingat nak buat cucuq udang, dari next week lagi Abang kami teringin nak makan, tapi Abang kan tak boleh makan udang nanti naik merenyam satu badan acaner?

Mmm try je la buat nanti 2 3 bijik tak yah letak udang kan. Tertelan ayaq liur bila citer perihal cucuq udang ni.

Ok jom google cara nak buat cucuq udang

Pin Tudung Mesra Pengguna

0
0

Masalah pin tudung cepat hilang ni biasa berlaku kat kaum hawa kan, kaum Adam ada juga ka? mmmmm

Hari ni beli sebundle esok tinggal satu ja, hilang pi mana pi mana pun tak tau, Ajaib sungguh lah!

Tapi bila kita tak seru coihhh ada je kat sudut sana la, atas meja la haishhh! kadang-kadang tercucuk kaki sendiri pun pernah aaaahakkks

Ni bukan nak citer perihal kehilangan pin tudung, tapi nak citer kami dapat selesaikan masalah yang berpunca dari pin tudung ni

Pin Tudung Cantik

Bahan utama getah gelang dan gunting je, gunting getah gelang kecil-kecil pastu cucuk je kat pin tu

Bagi yang tak tahu boleh cuba kot la sayang kat tudung kan. Kami dah tau lama pasal letak getah ni, tapi kami malas la nak buat tapi sejak tudung kesayangan kami tu rosak so kami rajinkan diri cuba  juga la

Hah! Nak cucuk tang mana hang cucuk je la tak perlu risau lagi, nak cucuk tang sini ka!, tang sana ka! up to yu beb!!

Domain Nak Expired

0
0

Sebelum Domain terkatup cannot open so cecepat kami bayar hari ni, asyik bertangguh sampai nak expired sudah.

Domain

Ushar-ushar juga Hosting lain kot nak tukar angin tapi pala kami dok sakit plus cannot pk lebih-lebih, so setia dengan Serverfreak aje lah. Setakat ni service mereka ok bila email mereka cepat reply.

Today dah settle bayar RM151.47 termasuk GST untuk jangkamasa selama 1 year.

Kekasih Teragung Dunia – Adira

0
0

image

Kau aku cinta

Kau aku puja

Lahirnya dimana

Aku tidak tahu

Yang aku pasti mulai ini

Kasih bersemi selamanya…..

Akan hadirnya hari menduga

Bertapa sukarnya.. aku tidak tahu

Cekal dan sabar mengharunginya

Hidupkanlah mimpi bersama…..

Janji padaku sepenuh kasihmu

Ikrar cinta..tulus setia

Ku janji ke hujung nyawa

Menjadi kekasih teragung dunia

Bertahun terbentang menyambut kita

Ke hari terakhir itulah ku tau

semoga cinta membimbing kita

Menuju hinggalah kejannah

Janji padaku sepenuh kasihmu

Ikrar cinta tulus setia

Kujanji ke hujung nyawa

Menjadi kekasih teragung dunia…

Demi cinta akan ku cuba sedaya

Pertaruhkan seluruh jiwa dan raga

Keranamu kata apa saja ku sanggup

Untuk bahagia selama lamanya

Janji padaku sepenuh kasihmu

Ikrar cinta tulus setia

Ku janji kuhujung nyawa

Menjadi kekasih teragung dunia

Kekasih teragung dunia…

Kekasih teragung dunia…

Kekasih teragung dunia…

Online Meja Kopi

0
0

Meja Kopi Murah

Online meja kopi di Bagustore RM99 WOW! memang dah lama mencari design meja kopi modern dan simple macam ni, agak berat dan stabil kebetulan dapat harga promo.

Result bila dah siap pasang memang puas hati berbaloi sangat dengan harga

Chair Workstation

Kerusi untuk workstation soft and simple denga harga promo

Macam-macam kelengkapan yang ada di bagustore ni dari Living Room. Dining Room, Bedroom, Office dan Kitchen, items boleh self pickup atau minta dia orang deliver jika barang yang kita order tu berat dan besar.

Minat sangat dengan satu set sofa tapi itulah yang kita berkenan tu masih belum promo kalau promo nak juga grab satu!

More to detail boleh visit Bagustore


Sport Camera untuk dijual

0
0

Sport Camera EZVIZ S1 Waterproof 

Sesiapa yang berminat  boleh email yana.ag85@gmail / contact form. Sangat berbaloi! kondisi 10/10

Serius buyer ok! 

RM499

(  Tidak termasuk memori card ya! )

Sport Camera

16MP DSLR Level Image and G-sensor with GPS, Wifi and Bluetooth 4.0

 harga masih boleh bawa berbincang, boleh runding!  sampai jadi insyAllah sangat berbaloi baloi. Boleh Email Azie untuk harga lagi rendah!!!!!

Siapa cepat dia dapat! lambat melepas! wassalammu jawabnya ya

Mee Goreng Telur Mata

0
0

Menu Breakfast En Abang bawa bekal pagi ni, request telur mata lebih, daging lebih mee pun lebih hope habis la nanti

Mee Goreng ni kalau pagi-pagi makan mau cepat nak melabur je, bukan apa mee ni ada campuran kapur jadi sesiapa

perut tak tahan boleh memulas

I ada gastrik tapi bedal je sekali sekala, rugi la tak makan sebab mee goreng i goreng sedap gilerzz

Nasi Daging

0
0

Nasi Daging mmmm sedapnya tengok dalam MHI pagi ni, tak pernah rasa pun.  Rasa macam nak try buat tapi tapi…buat nasi lemak pun kadang tu bersukat sukat ahahhaha memang fail

Nampak macam mudah je dia orang masak  tang sendiri buat bila tak jadi boleh stress tau

Resepi Nasi Daging

Banyak sangat Resepi Nasi Daging Google je nanti bila betul betul confident baru buat InsyaAllah

Ramadhan akan menyusul sabtu ni, salah silap harap dimaafkan

Perbezaan Kaloi Jantan dan Kaloi Betina

0
0

Ikan kaloi ni senang je nak kenal jantan dan betina

Macam mana nak tahu ikan kaloi ni betina atau jantan?

 Nampak tak? ada bonggol je kat atas kepala tu, semestinya jantan la

Bagaimana pula nak  kenal kaloi betina ?

Berlawanan dengan si kaloi jantan, kalau si jantan ada bonggol si kaloi betina mulutnya merah pakai lipstick hiiihii, ok tak lawak

Nak kenal mudah je, betina tu maintan comel lote so kecik molek itulah betina no bonggol kat kepala

p/s: – Entry ni  untuk yang email i tanya pasal jenis ikan kaloi, cara makanan kaloi dan penjagaaannya so boleh refer entry yang berkaitan di Menu Aquarium

Menu Wajib Sahur

0
0

Menu sahur yang wajib ada masa bersahur adalah telur masin, ikan masin, ikan bilis goreng

dan telur mata letak kicap

Simple tapi sudah memadai buat tekak diterima dan buat perut tidak memulas

Hari ni goreng Ikan bilis lobak masin memang sedap

Ini diantara menu mak di kampung yang sedap dan selera makan untuk bersahur

Ikan Bilis

Lobak Masin

Hirisan Bawang

Lada kering

semua bahan tu digoreng last sekali baru letak lada kering dah ranggup baru angkat

Lobak masin tu rendam dulu dalam air, biarkan masin tu berkurang kemudian

potong kecil campur dalam ikan bilis goreng, makan pula nasi panas-panas

tentu selera makan biji mata cerah je

Berbuka dengan apa la hari ni kan?

Kuih ingat nak beli Kuih Pelita , kuih pelita tu memang sedap time puasa je dapat rasa

Lafaz Niat Puasa

Doa Berbuka Puasa

Khasiat Barli untuk Kesihatan Diri

0
0

Kenal ke dengan Barli ni?

Barli ni khasiat sangat banyak tau

Minum airnya dan isinya pun boleh juga makan

Khasiat Barli

  1. Menyejukan tubuh badan
  2. Membuang toksin dalam badan
  3. Mengawal tahap kandungan gula dalam badan – Kencing Manis/Diabetes
  4. Memperbaiki sistem penghadaman
  5. Baik untuk ibu mengadung
  6. Merendahkan tekanan darah
  7. Antioksidan/anti tua
  8. Atasi kencing kotor

Cara penyediannya

  • Rendam barli sehingga kembang kemudian rebus
  • Rebus sehingga air menjadi separuh
  • Ambil airnya
  • Boleh minum macam tu je nak sedap boleh letak gula, hirisan lemon, halia dan madu

Cara saya ambil sedikit air dan isi barli letak susu sikit memang sedap sangat lepas minum badan jadi sejuk je

Barli ni tidak sesuai bagi sesiapa yang mempunyai alahan terhadap gluten, nak sihat nanti jadi sebaliknya pula kan

Satu  lagi, barli ni cepat membuatkan kita keluarkan air dari dalam badan jadi agak tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah senang terhidrat better hindarkan tak pun sekali sekala ok kot

Rebung Masak Lemak Cili Api dengan Udang

0
0

Gambar Periuk kena crop sebab hitam melegam sangat :mrgreen:

Rebung ni sedap masak lemak cili api, ada yang suka buat gulai

ikut selera masing-masing la kan

macam saya suka masa lemak cili api letak udang, sebab rebung kalau letak udang lagi sedap

sebab air udang tu kan manis campur dengan rebung masam-masam tak tau nak citer berpinggan tambah nasi,

dagu nak berlapis tak heran dah 😛

Cara masak rebung sama je masak macam buat masak lemak cili api yang lain tu

Bahan2 Masak Rebung Udang

Rebung, Udangdan serai

Bahan kisar/tumbuk

Cili Api, Kunyit hidup 2 inci, Bawang Kecik 3 ulas

Tips nak rebung empuk/ lembut , rebus bersama bahan tumbu/kisar bersama serai

dah lembut baru masukan santan dan udang serta bahan perasa/garam

siap untuk disantap


Surah Waqi’ah Penambah Rezeki

0
0

Maksud Waqiah adalah ( Hari Kiamat ) ianya diturunkan kerana menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragui berlakunya hari Kiamat

Surah ini mengatakan apabila tiba waktunya (Kiamat), sesiapa pun tidak dapat mendustakannya lagi, dan setiap amalan akan mendapat balasan

setiap apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini

Surah Waqia’ah di atas dari Surah Pilihan & Amalan Para Nabi

yang suami dapat ketika menunaikan zakat fitrah Ramadhan baru ni

Fadhilat Surah Al-Waqi’ah

Ianya merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-quran, Surah ini boleh dikatakan mudah untuk mendapatkan rezeki serta kekayaan

Selain itu jika sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas menunaikan solat, insya- ALLAH akan mudah mendapatkan rezeki

Jika dibaca kepada orang yang sakitinsya- ALLAH akan ringanlah sakitnya

Hadis Riwayat Al -Baihaqi

‘sesiapa yang mengamalkan surah waqi’ah pada tiap tiap malam akan terjauhlah ia daripada kepapaan selama lamanya’

Rezeki bukanya datang berupa wang ringgit dan harta benda sahaja, ianya mungkin berupa dari kesihatan yang baik, anak-anak yang baik serta keluarga yang bahagia

Seeloknya bacanya sebagai wirid selepas solat Asar sebanyak 14 kali dan hafaz jika mampu

Seandainya kita ada kaum keluarga yang telah pergi dijemput ilahi jika dibacakan surah ini dapat meringankan seksa kubur Amin insya- ALLAH

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat, jika dizinkan admin akan menulis tentang fadhilat setiap surah seperti al-mulk, surah al-kahfi, surah sajdah, al-dukhan dan yassin serta al-mathurat serta surah-surah yang lain

Mari kita akhiri dengan bacaan Doa Rabithah

“Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki

dan Engkau mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki

Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan hinakan orang yang Engkau kehendaki

Di tangan Engkaulah segala kebajikan, sesungghnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam.

Engkau keluarkan yang hidup daripada mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup

Dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab”

( QS Ali’Imran)

Nanti sambung dengan Fadhilat Surah yang lain insya- ALLAH

 

Surah Al- Mulk dan Fadhilatnya

0
0

Maksud Al-Mulk  ianya bererti Kuasa Pemerintahan , surah ke 67 dalam Al-Quran dan mengadungi 30 ayat

Surah ini menegaskan tentang Kekuasaan Muthlak ALLAH SWT merangkumi pemerintahan Dunia dan Akhirat

Allah menciptakan Alam ini dengan rapi tanpa cacat celanya

Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaiknya

Daripada Abu hurairah berkata : Rasulullah bersabda “Satu surah dalam Al-Quran  menghujahkan bagi sesiapa yang membacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu ( Tabaarakal-Lazi )” – Al Mulk – Hadis Riwayat Ar-Tarmizi

Surah Al-mulk ini jika membacanya sehingga khatam akan menahan (Al-maniah) serta menyelamatkan ( Al-Munjiah) daripada seksaan kubur – Hadis Riwayat Ar-Tarmizi

Surah Al-Dukhan Dan Fadhilatnya

0
0
Al-Dukhan bereti Asap, Ianya dinamakan Al-Dukhan (Asap) kerana mmengadungi
 tentang Amaran ALLAH SWT terhadap kaum Kafir Musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW

Mereka ditimpakan azab sengsara dimana langit yang membawa asap kemarau 
yang menyebabkan kebuluran yang dasyat

Al-Dukahan merupakan Surah ke 44 dalam Al-Qur'an dan mengandungi 59 ayat




  

 Rasulullah pernah bersabda

 " Sesiapa yang membaca surah "Haamim Al-Dukhan" pada waktu malam, 
maka esoknya  tujuh ribu Malaikat akan memimta ampun baginya"
Hadis Riwayat Al-Tarmizi

" Sesiapa yang membaca Al-Dukhan pada Malam atau hari Jumaat, 
maka ALLAH akan membinakan sebuah rumah dalam Syurga"

Hadis Riwayat At-Tabrani

Pendek kata banyak fadhilat, faedah dan hikmah bagi sesiapa sahaja 
yang mengamalkan untuk kabahagian Dunia dan Akhirat

Tips Hilang Bau Hanyir Telur

0
0

Tips tak berapa nak tips sangat tapi boleh share pada mereka yang tak tahu tu kan

Letak sedikit serbuk kunyit agar hanyir telur itu hilang

Satu lagi semasa kita pecahan telur, ada tak sesiapa yang perasan

kalau perasan la akan ada ketul-ketul putih,

ha! tu ikutkan kena buang, tak buang pun tak pe ikut sukahati kita

Kita yang nak makan kan ;)

Lepas raya ni tak lalu nak makan daging ayam dah so telur la menjadi santapan isi rumah dan isi perut

Selalu buat telur dadar suka kosong je, tanpa letak hirisan bawang atau lada

nak sedap kena letak la terasa keenakkannya sikit

Pernah suatu hari buat telur dadar konon acah-acah pro

sekali masa nak flip macam chef tu konon-konon habis melingkup kat lantai

spoil mood betul, tapi mood makan tak spoil bertambah nasi ada la 

Jimat Duit Poket Selagi Boleh

0
0

Alhamdulillah nasib baik boleh baiki lagi
Gunalah selagi elok

Tergerak hati nak pergi tempat yang beli glasses ni dulu
Tunjuk glasess ini boleh baiki tak?

Katanya ada risiko patah bila betulkan besi kat hidung tu
tak pe cuba try kot kot boleh, kita cakap kat staff tu

Pastu kalau boleh kan dik,
tukarlah getah kat hidung tu sekali ye?

Sakit pulak mata tengok kuning sangat nampak getah tu! :mrgreen:
Tungu punya tunggu dengan harapan oklah tak yah buat lain

Alhamdulillah nasib baik ok hihihi
Dapat-dapat terus pakai, Haaaa baru terang dunia ni Ya Allah

Tanya berapa RM?
Jawab staff kat situ tak yah bayar FOC

Kan spek ni buat kat sini
Kita pulak cuak, ehh ye ker? Tak Yah Bayar!😉

Kita pun dah lupa sebab dah banyak tahun buat, tak sangka masih FOC
Hihii senyum sampai kat telinga kita tau

Jimat duit poket kita wak, nak tunggu gaji lambat lagi huhhu
Better kita pergi kedai yang pernah kita buat glasses tu, dapat free service kot

Setakat nak baiki besi bengkok dan getah tercabut tu free la kot, kalau cermin pecah tak dapat la nak free bagai kan

Walaupun dah bertahun buat, tak yah bawa surat bagai dia orang tahu jenis glasses yang dia orang jual

Kalau nak buat lain mau ratus ratus melayan duit kita wak!🙂


Jagalah kesihatan mata selagi termampu Contohnya :-

  • Jangan tengok TV terlalu dekat
  • Gadget-gadget tu pun bahaya tau, cahaya tu yang boleh buat kornea kita rosak
  • Kalau membaca buku elak dalam keadaan berbaring

Jagalah mata, sayangilah mata sebelum terlambat! Kalau tanya kita wak,kita nak bebas tanpa glasses tau

Tak sanggup pagi-pagi meraba-raba cari glasses, masalah lupa letak glasses kadang tu boleh stress sebab nak cari pun kena guna mata kan ahahhaha

Pernah hari tu memang lupa letak kat mana, suruh abang cari, abang pun rabun juga orangnya ahahhaha tarikh nafas panjang fuhh! dugaan orang mata rabun

Viewing all 71 articles
Browse latest View live